Wednesday, 16 March 2011

Projek 1: Dapur


Projek pertama ni khusus aku fokuskan untuk dapur rumah baru kami yang bakal siap penghujung tahun ni... Projek ni aku mulakan pada birthdayku yang ke 28 baru baru ni. Sebelum ni tertanya-tanya kat En Suami ape la hobi aku...aku takde hobi rupenye...last last dalam pada mencuba (minta bonda ajar cane nak jahit cross stitch) aku mula terperangkap dalam keasyikan menjahit... best woo.. tak siap lagi projek ni...bonda kata kadang2 nak siapkan satu cross stitch boleh makan masa berbulan-bulan malah bertahun kalau yang big size tu... Oleh kerana aku sorang yang tamak haloba huhuhu...aku telah memilih projek pertama ku yang agak besar...siap bonda bitau nape tak amik yang kecik untuk permulaan...:D aku memang excited... ni aku tempel hasil jahitan aku selama sebulan lebih menjahit...

:: Overall yang berjaya disiapkan ::

:: Nak siapkan part ni pulak... ::


:: mY lOvElY tOOlBoX ::



Lately agak busy di office, sampai kadang-kadang lewat balik kerja. Kegilaan aku dalam menjahit terhenti seketika... sob sob... tunggu ada kelapangan pasti tangan ini akan mula memegang semula jarum dan benang.. :)

0 comments:

Post a Comment

 

My Lovely Project Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino